Saturday 5 January 2019

OHH..MACAM NI RUPANYA KULIT KERING ...


OHH..MACAM NI RUPANYA KULIT KERING ...



Kulit merupaka organ terbesar dan terpenting manusia. Bahagian yang paling dititikberatkan oleh wanita dan juga lelaki adalah kulit wajah.
Kulit yang normal adalah kulit yang mempunyai lapisan alamiiaitu zat lemak yang melindungi kulit dari kekeringan. Zat lemak ini membuatkan kulit kekal lembut dan halus. Faktor kekurangan cairan pada lapisan terluar kulit dan lapisan lemak menipis akan membuatkan kulit kelihatan kering. Kebiasaanya kulit kering ini dapat kita lihat pada bahagian tubuh yang terbuka seperti kaki,lenggan dan wajah. 

Kulit kering > keadaan kulit yang sangat biasa berlaku pada peringkat umur . Biasanya ia tidak mewakili masalah yang serius tetapi kadang-kadang ia boleh jadi sukar untuk dirawat.

Kulit kering dikenali sebagai xerosis secara klinikal, berlaku disebabkan :
  • virus (salah guna produk)
  • keadaan kesihatan yang kronik
  • rengsaan (mandi air panas)
  • persekitaran ( udara)
  • tindakbalas alahan
  • proses penuaan semulajadi dll
Antara ciri-ciri kulit kering  adalah :
  1. Liang pori terbuka
  2. Apabila  guna pencuci gel, kulit lebih cepat rasa ketat/tegang selepas cuci
  3. mudah kelihatan garis-garis halus
  4. mudah mendapat  rengsaan ( gatal,pedih,&kulit terluka bila salah pakai produk)
  5. kulit cenderung kasar, bersisik,dan gatal


Antara istilah lain kulit kering adalah:
  1. Asteatosis - berlaku apabila kelenjar sebum hasilkan rembesan yang kurang. Kebiasaanya digunakan kepada kulit kering yang dialami oleh orang tua.
  2. Xerosis bermusim (gatal musim sejuk ) - melibatkan rasa gatal tetapi tiada ruam. Biasanya berlaku semasa musim sejuk.
  3. Ekzema - sejenis keradangan kulit yang bermula dari tahap yang ringan hingga kronik teruk. Tompokan kult kering dan bersisik.
  4. Dermatitis - istilah yang digunakan bersama Ekzema dan Xerosis untuk terangkan kulit terengsa. Ia merujuk kepada pelbagai masalah kulit yang mengakibatkan keradangan kulit.
  5. Ichthytosis - gangguan genetik yang dialami dalam masa setahun kehidupan anak-anak.(kulit kering dan bersisik). 


#Jika anda alami masalah kulit kering , perhatikan dan cari puncanya terlebih dahulu.
Ia dapat membantu anda untuk memilih pendekatan atau cara pencegahan / uabtan/ rawatan yang sesuai .


untuk tips dan info lebih lanjut mengenai kesihatan dan kecantikkkan, jangan lupa follow dan like fb page kami Exodus Therapy Centre

No comments:

Post a Comment

" banyak kali dah buat checkup klinik/hospital tapi masalah tetap sama"

TERIMA KASIH PUAN LIZA DARI DUNGUN TERENGGANU . Antara masalah angin yg beliau alami adalah - lenguh pinggang - tangan kir...