Tuesday 12 February 2019

5 TIPS ELAKKAN PERUT KEMBUNG !



Masalah perut kembung atau senak menjadi isu kesihatan yang semakin umum. Hampir setiap orang mengadu masalah “angin” dan pada masa sama tertanya-tanya akan puncanya.
.
Lazim berpendapat masalah senak atau perut kembung berpunca daripada gas yang terkumpul, namun ia juga berhubung dengan isu kesihatan. 





1. Garam
Garam bukan sahaja menyebabkan masalah berkaitan tekanan darah, tetapi kandungan garam daripada makanan proses yang tinggi meningkatkan gas dalam usus. Jadi periksa label makanan sebelum makan!






2. Tenusu
Salah satu sebab utama menyebabkan pengumpulan gas adalah makanan berasaskan tenusu seperti susu. Ia disebabkan oleh ketidakmampuan perut anda menghadam gula dalam tenusu yang dikenali laktosa. Ia bukan alahan kepada tenusu tetapi elok menghindarinya jika tidak mahu rasa tidak selesa itu.


3. Soda
Soda atau minuman bergas, namanya pun jelas menunjukkan kesan kepada perut anda! Diet soda adalah lebih buruk kesannya kepada perut anda kerana ia mengandungi pemanis tiruan yang sukar dihadam. Kalau nak minum juga, biarkan terbuka sementara gas dibebaskan dahulu.




4. Fruktosa
Kesukaran gula berbentuk fruktosa dihadam dengan mudah menyebabkan gas terkumpul sewaktu proses penghadaman menyebabkan perut kembung. Banyak makanan atau minuman mengandungi fruktosa, jadi berhati-hati dengan kandungan tersebut. Tips – fruktosa hanyalah nama lain bagi gula, sama seperti sirup, sukrosa dan sebagainya.




5. Fodmaps
Fodmaps adalah sejenis karbohidrat yang dihadam pada penghujung usus kecil. Bagi sesetengah orang, ia boleh menyebabkan pembentukan cecair, sakit perut dan kembung perut. Fodmaps didapati dalam buah-buahan, sayuran, gandum penuh dan tenusu tertentu. Antaranya ialah asparagus, bawang putih, pear, mangga, pasta gandum penuh dan roti rai.
.
SHAREKAN JIKA BERMANFAAT πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜Š



#ETC #PAKARBUANGANGIN #TERAPIANGINSARAF #EXODUS #KUALATERENGGANU 
0146076672
0146076672

No comments:

Post a Comment

" banyak kali dah buat checkup klinik/hospital tapi masalah tetap sama"

TERIMA KASIH PUAN LIZA DARI DUNGUN TERENGGANU . Antara masalah angin yg beliau alami adalah - lenguh pinggang - tangan kir...