Wednesday, 20 February 2019

Nampak Normal,Tapi Ini 7 Tanda Anda Mengalami "Anziety Disorder"


Nampak Normal, Tapi Ini 7 Tanda Anda Mengalami ‘Anxiety Disorder’
.
Kita semua mengalami debaran dan keresahan dari semasa ke semasa. Bagi kebanyakan orang, rasa panik, fobia, gugup, gementar atau bimbang adalah lumrah dan hanyalah sementara.

Namun bagi sebahagian daripada kita, keresahan berlaku terlalu kerap sehingga ianya mula bertukar menjadi satu gangguan yang tidak normal.
Jika anda kerap kali mengalami tanda-tanda berikut anda mungkin mengalami sebuah kondisi yang dikenali sebagai ‘anxiety disorder’.

Selalu bimbang sehingga boleh menjadi terlalu kronik sampaikan perkara harian yang remeh pun sering dirisaukan. Ini akan menyebabkan aktiviti harian anda terganggu manakala tubuh dan minda berasa letih melampau.


Kalau kita nak berhadapan dengan sesuatu yang penting keesokan harinya, normallah untuk berasa sedikit gementar atau teruja sehingga sukar melelapkan mata. Tapi sekiranya anda asyik terjaga, bimbang dan terfikirkan tentang masalah sampai tak boleh nak tidur atau terbawa-bawa ke dalam mimpi hingga kerap terjaga – ini adalah salah satu tanda ‘anxiety disorder’.


Ketetangan otot yang berterusan adalah antara tanda yang mengiringi ‘anxiety disorder’. Tanda tanda ini boleh berlaku akibat respon tubuh terhadap stres yang keterlaluan. Ia boleh berlaku dengan kerap sehingga pesakit menganggapnya perkara biasa.



Keresahan mungkin bermula dari minda anda akan tetapi ianya boleh memperlihatkan tanda fizikal lain seperti sindrom gangguan usus (irritable bowel syndrome) iaitu satu keadaan yang mempunyai tanda seperti sakit perut, kejang otot, buncit, angin dalam perut, sembelit, atau cirit-birit. Ini semua merupakan masalah yang bermula dari saluran perut yang sensitif terhadap tekanan psikologi.

Seseorang yang mengalami ‘anxiety disorder’ biasanya suka memendam perasaan. Namun apabila kebimbangan atau sesuatu yang mengganggu perasaannya memuncak, berlakulah ‘nervous breakdown’ seperti tiba-tiba marah, menjerit, atau mengamuk hingga hilang rasa malu dan takut.


Tak kiralah berapa banyak hal positif yang diungkapkan tentang kerja atau atau diri seseorang, ‘anxiety disorder’ menyebabkan seseorang tetap cenderung untuk fokus kepada bahagian yang negatif sahaja. Akibatnya, seseorang itu akan mempunyai perangai yang terlalu cerewet dan obsesif terhadap kesempurnaan hingga berasa takut untuk gagal.
Serangan panik boleh menjadi sesuatu yang menakutkan kerana ia mirip dengan serangan jantung. Seseorang yang diserang ‘panic attack’ akan berasa sukar bernafas, sakit dada, pening, berpeluh-peluh, jantung berdebar, sakit perut dan lemah tubuh badannya.

Tahukah anda, antara punca "Anxiety Disorder" ini adalah ANGIN
kami di Exodus Therapy Centre adalah pusat terapi alternatif ANGIN dan SARAF,  jika anda benar2 inginkan khidmat kami, boleh  whatsup kami untuk pertanyaan lanjut/ booking slot rawatan. 

www.wasap.my/60146076672  
www.wasap.my/60146076672  


kredit penulisan sebenar dari : Nazurah Hassan 

No comments:

Post a Comment

" banyak kali dah buat checkup klinik/hospital tapi masalah tetap sama"

TERIMA KASIH PUAN LIZA DARI DUNGUN TERENGGANU . Antara masalah angin yg beliau alami adalah - lenguh pinggang - tangan kir...