Sunday 7 April 2019

PUNCA-PUNCA GASTRIK


"PUNCA-PUNCA GASTRIK".
.

.
.
Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut.
Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.
Simptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.
.
Jika anda telah mengidap penyakit gastrik apa yang perlu anda buat?
.
1. Elakkan makanan yang pedas
2. Elakkan makanan yang masam
3. Elakkan makanan yang berminyak
4. Berhenti merokok
5. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe
6. Makan secara teratur
7. Mengawal stress dengan bijak
8. Kurangan makan makanan berangin
9. Rajinkan bersenam/ aktiviti riadah
.
Penyakit gastrik boleh pulih sepenuhnya jika perkara-perkara yang dinyatakan di atas di jaga sepenuhnya. Namun, keberkesanannya bukan dalam masa sehari dua. Yang paling penting ialah berdisiplin dalam menjalankan gaya hidup sihat. Jangan sesekali skip makan, makan pada waktu yang betul.
.
share jika bermanfaat ðŸ˜ŠðŸ˜Š
.
#ETC #pakarbuangangin #terapianginsaraf #exodus #kualaterengganu#gastrik #angin

No comments:

Post a Comment

" banyak kali dah buat checkup klinik/hospital tapi masalah tetap sama"

TERIMA KASIH PUAN LIZA DARI DUNGUN TERENGGANU . Antara masalah angin yg beliau alami adalah - lenguh pinggang - tangan kir...