Sunday 7 April 2019

TANDA-TANDA MIGRAIN


"TANDA- TANDA MIGRAIN".
.
.



🔶Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’. Migraine adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala.
.
🔶Migrain juga boleh menyebabkan gejala berikut: pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya dan lain-lain. Dua jenis migraine utama ialah Migraine Klasik (Classic Migraine) dan Migraine Biasa (Common Migraine).
.
🔶Migrain Klasik- sebelum sakit kepala, tanda-tanda awal dikenali sebagai ‘aura’ atau ‘prodrome’ akan dialami sebagai tanda amaran. Aura yang dikenalpasti ialah nampak kilauan cahaya, garisan zigzag, penglihatan berbayang, kebas , pening, dan sukar bercakap dengan jelas. Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain akan menyerang.
.
🔶Migrain Biasa- sakit kepala dialami tanpa amaran terlebih dahulu. Migrain jenis ini lebih kerap dialami, terutama di kalangan kaum wanita.
.
🔶Serangan migrain yang kerap atau teruk boleh menggangu kehidupan seharian. Pesakit digalakkan untuk mendapatkan rawatan bagi mengawal gejala migrain untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik.
.
SHARE JIKA BERMANFAAT 
.
#ETC #PAKARBUANGANGIN #TERAPIANGINSARAF #EXODUS#KUALATERENGGANU

No comments:

Post a Comment

" banyak kali dah buat checkup klinik/hospital tapi masalah tetap sama"

TERIMA KASIH PUAN LIZA DARI DUNGUN TERENGGANU . Antara masalah angin yg beliau alami adalah - lenguh pinggang - tangan kir...