Wednesday 8 May 2019

[ TIPS KESIHATAN SEPANJANG RAMADHAN DARI ETC ]

[ TIPS KESIHATAN SEPANJANG RAMADHAN DARI ETC ]
.
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat dinantikan oleh warga Malaysia khususnya yang bergama Islam. Sepanjang bulan ini, pelbagai ibadah dapat dijalankan dengan lebih tekun bagi mereka yang beragama Islam. Namun, dalam menjalani ibadah puasa, jangan abaikan kesihatan fizikal.
.
Berikut merupakan beberapa tips yang dikongsikan oleh Exodus Therapy Centre untuk golongan yang berpuasa sepanjang bulan Ramadhan., terutama mereka yang ada masalah angin berlebihan dalam badan.
.
Penyediaan Hidangan Sihat Semasa Sahur dan Berbuka Puasa
.
Sahur merupakan perkara yang dituntut di dalam bulan puasa kerana bukan sahaja sebagai penambah stamina dan alas perut sepanjang hari berpuasa malahan ia sebagai satu konsep ibadah. Namun, penyediaan hidangan yang bagaimana harus dipraktikkan oleh individu untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat?

Pertama, sediakan hidangan yang seimbang untuk sahur. Contohnya, hidangan nasi kosong bersama lauk dan sayur serta buah. Kedua, sediakan makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks nasi. Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas serta kurangkan makanan bergoreng dan berminyak.
Seterusnya, pastikan penyediaan makanan yang segar dan baru dimasak. Sekiranya makanan yang dihidangkan adalah makanan lebihan berbuka puasa, pastikan makanan itu disimpan dengan cara yang betul dan dipanaskan dengan sempurna.
.
Mulakan dengan makanan yang ringan dan mudah di hadam seperti kurma, buah-buahan segar dan jus buah-buahan. Ini kerana bagi mengelakkan ketidakselesaan kepada perut selepas itu. Minum air kosong yang mencukupi juga merupakan tips yang sangat bagus.
Kepentingan air kepada tubuh memang tidak dapat disangkal. 70% kandungan badan manusia adalah terdiri daripada air. Dehidrasi adalah sangat merbahaya terutama kepada ibu hamil, memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu, gangguan kepada fungsi-fungsi badan dan banyak lagi.
.
Elakkan mengambil air teh dan kopi kerana ia akan menyebabkan rasa ingin membuang air kecil dengan kerap. Minuman berkarbonat juga boleh menyebabkan perut kembung dan berangin. Selain itu, elak makanan yang pedas dan berempah juga kerana ia tidak sesuai di ambil secara terus sewaktu perut masih kosong.
.
Akhir sekali, elakkan tidur berlebihan pada siang hari. Tidur berlebihan akan menyebabkan anda rasa lebih tidak bermaya, letih sepanjang hari. Lakukan sedikit aktiviti bergerak yang mudah untuk kekalkan stamina anda walaupun berpuasa ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š
.
share / tag jika bermanfaat ya ,
salam ramadhan dari #ETC ðŸ˜˜

No comments:

Post a Comment

" banyak kali dah buat checkup klinik/hospital tapi masalah tetap sama"

TERIMA KASIH PUAN LIZA DARI DUNGUN TERENGGANU . Antara masalah angin yg beliau alami adalah - lenguh pinggang - tangan kir...